ARTIKEL

SETIAUSAHA ATAS..Jaya Awang.

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad ini.

Sebanyak 26 pasukan akan beradu nasib untuk merebut gelaran juara pada kejohanan dua hari itu.

Setiausaha ATAS, Jaya Haji Awang memberitahu, pasukan yang bertanding kali ini terdiri dari kelab-kelab handalan sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Serian.

“Tirai kejohanan ini akan disingkap pada Sabtu dan berakhir Ahad.

“Saingan dijangka sengit kerana pasukan bertanding yang diperkuatkan barisan pemain berpengalaman,” ujar Jaya kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, format kejohanan secara liga kumpulan untuk peringkat awal. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah singkir,” jelas Jaya.

Sambil itu, beliau menyatakan kejohanan kali ini menyediakan wang tunai untuk tiga pasukan terbaik.

Menurut Jaya, pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat.

Manakala, naib juara akan menerima wang tunai RM500 termasuk piala dan pingat. Berbanding, wang tunai RM300 serta piala dan pingat masing-masing pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

ISTAF wajib acara regu berpasukan pada piala Raja Thai

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) buat kali pertama mewajibkan semua pasukan di divisyen premier mesti menyertai acara regu berpasukan pada Kejohanan Sepaktakraw Dunia Piala Raja

BERITA TERBARU