Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

281 kes baharu, tiga hari berturut kes Covid-19 Sarawak bawah 300

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Tiga hari berturut-turut Sarawak mencatatkan kes positif Covid-19 bawah angka 300 apabila hanya 281 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 67,841 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah yang merekodkan jangkitan tertinggi adalah Kuching dengan 57 kes, diikuti Sri Aman (52), Sibu (40), Mukah (18) dan Bintulu(17).

“Manakala 15 kes di Kota Samarahan, Telang Usan (14), Kapit (11), Serian (8), Miri (7), Bau (6), masing-masing empat kes di Subis dan Sarikei.

“Meradong, Kanowit, Bukit Mambong dan Tatau masing-masing merekodkan tiga kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBN berkata, masing-masing dua kes positif dilaporkan di Lundu, Dalat, Betong, Sebauh, Selangau dan Matu, manakala Asajaya, Tebedu, Pakan dan Song masing-masing satu kes.

Sementara itu, terdapat empat kes kematian hari ini melibatkan dua lelaki dan dua wanita yang berusia 59 tahun hingga 79 tahun.

“Tiga daripada kes tersebut meninggal di Hospital Miri dan satu kes di Hospital Sibu,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru