Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

287 kes baharu positif Covid-19, 12 kematian sejak 10 November

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jangkitan positif Covid-19 merekodkan 287 kes baharu serta 12 kematian sejak 10 November lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya berkata, 276 daripada kes tersebut adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala 11 lagi dalam Kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan 86 kes, diikuti Miri (47), Sibu (33), Bintulu (25), Mukah dan Lawas masing-masing dengan 21 kes, Limbang (8), Dalat (7), Samarahan (6), Sarikei (5), Bau (5) dan Sri Aman (4).

“Selain itu, Kapit, Serian, Tanjung Manis, Saratok, Song, Belaga dan Subis masing-masing mencatatkan dua kes, Betong (1), Lundu (1), Kanowit (1), Bukit Mabong (1) dan Matu (1),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara, 12 kes kematian melibatkan masing-masing tiga kematian di Miri, Kuching dan Sibu manakala satu kematian di Sri Aman, Limbang dan Sarikei.

Tiada kluster baharu diisytiharkan semalam dan satu kluster telah tamat iaitu Kluster Long Urun, Belaga.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News