HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

2,898 permohonan permit rentas zon dan daerah diluluskan semalam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sebanyak 2,898 permit polis telah diluluskan di seluruh negeri Sarawak bagi tujuan permohonan rentas zon dan daerah direkodkan semalam (29 Mei).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kebanyakan pemohon rata-ratanya terdiri daripada petugas perkhidmatan penting (essentialservices) seperti pemandu lori pengangkutan barangan makanan, sayur-sayuran dan barangan runcit.

Dalam pada itu, jelasnya sebanyak 41 lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) telah didirikan bagi menghalang aktiviti rentas daerah dan zon bagi seluruh negeri ini dalam tempoh yang sama.

“Hasil SJR yang dilakukan, sebanyak 15, 236 kenderaan yang telah diperiksa bagi tujuan merentasi zon dan daerah.

“Daripada jumlah tersebut 115 buah kenderaan telah diarahkan untuk berpatah balik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut katanya, hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) menunjukkan ramai dalam kalangan awam masih keliru mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jelasnya, pasukan petugas dan pasukan polis pemantau khas Covid-19 pada hari tersebut diarahkan mengambil pendekatan nasihat dan mengarahkan mana-mana premis yang tidak dibenarkan beroperasi untuk tutup.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru