Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

295 kes pulih dan discaj hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sebanyak 295 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurut JPBN, sebanyak 80 kes dibenarkan discaj dari PKRC Hospital Bintulu, PKRC di bawah Hospital Sibu (72), PKRC di bawah Hospital Miri (47), Hospital Umum Sarawak (42), PKRC di bawah Hospital Kapit (25), Hospital Sarikei (14), Hospital Sri Aman (11), PKRC Betong (3) dan PKRC Serian (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 18,373 orang atau 76.75 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital adalah seramai 5,364 orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, JPBN menjelaskan, seramai 696 individu bawah siasatan (PUI) baharu telah dilaporkan dan seramai 59 PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News