ARTIKEL

Penduduk setempat, Tengku Alwi Tengku Ahmad, 64, sayu setelah rumah yang didiaminya dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir besar semalam ketika tinjauan di Kampung Shukor, Dungun semalam. Banjir yang membawa arus deras di Kampung Shukor petang semalam menyebabkan dua buah rumah penduduk runtuh dan hanyut manakala kira-kira enam buah rumah lagi turut terjejas. | BERNAMA

2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi Sabtu – NADMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,953 mangsa banjir masih berlindung di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor setakat 6 pagi tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Terengganu, sebanyak 1,188 mangsa ditempatkan di 10 PPS di Dungun, Besut (tujuh PPS, 416 mangsa), Setiu (empat PPS, 87 mangsa) dan Hulu Terengganu (tiga PPS, 121 mangsa).

Di Kelantan, enam PPS dibuka di Tanah Merah dengan menempatkan 325 mangsa, Kuala Krai (tiga PPS, 85 mangsa) dan Pasir Puteh (satu PPS, 28 mangsa) manakala di Pahang, satu PPS dibuka di Kuantan yang menempatkan 468 mangsa dan satu PPS di Rompin dengan sembilan mangsa. 

Di Johor, 197 mangsa ditempatkan di satu PPS di Mersing dan 29 mangsa di satu PPS di Kota Tinggi.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Sungai terlibat ialah Sungai Endau di Kluang dan Mersing, Sungai Pungai, Sungai Johor dan Sungai Sedili Kecil di Kota Tinggi (Johor), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Golok di Pasir Mas (Kelantan), Sungai Pahang di Jerantut, Cameron Highlands, Kuantan, Maran dan Pekan, Sungai Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Klang di Petaling (Selangor), Sungai Dungun serta Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

NADMA turut memaklumkan 37 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh antaranya di Jalan Durian Mentangau di Dungun Terengganu, Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi, Johor dan Jalan Utama Panching di Kuantan, Pahang. – BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan