296 kes, empat kematian hari ini

KUCHING: Terdapat 296 kes baharu positif Covid-19 dikesan dengan empat kematian dilaporkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Bintulu (101), Kuching (41), Miri (35), Sibu (32), Matu (26), Subis (9), Serian (8), Kanowit (7), Sarikei (7), Samarahan (7), Julau (6), Meradong (5), Marudi (3), Tebedu (2), Bau (2), Kapit (2), Beluru (1), Saratok (1) dan Sebauh (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 19,558 kes.

“Daripada 296 kes baharu yang dilaporkan itu seramai 60 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, tambah JPBNS seramai 216 orang kes yang dikesan terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin disediakan.

“Mereka ini juga terdiri daripada 216 orang yang merupakan individu dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19,” ujarnya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan susulan empat kes kematian akibat Covid-19 tersebut ia menjadikan menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 124 orang.

Suara Sarawak