298 sekolah tutup di Sarawak ekoran jerebu, Sri Aman paras bahaya

KUCHING: Sebanyak 298 sekolah di Sarawak ditutup pada sesi persekolahan hari ini ekoran jerebu.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri dalam satu kenyataan media, daripada jumlah itu, 245 adalah sekolah rendah manakala 53 merupakan sekolah menengah.

Data tersebut terkumpul setakat jam 11 malam semalam apabila Kuching mencatatkan sekolah paling banyak ditutup iaitu 85 buah.

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman menunjukkan paras bahaya iaitu 365 pada jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail, berkata, Kuching merekodkan IPU tidak sihat dengan bacaan 219.

Manakala, lapan lagi kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Suara Sarawak