Trending

JPBN ketatkan SOP sebagai persediaan masuki fasa ketiga PPN dengan mengambil kira varian Delta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan mengadakan perbincangan serta mengubah suai perancangan jadual untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai persediaan negeri ini memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negera (PPN).

Penasihat JPBN, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata perubahan SOP dilaksanakan mengambil kira varian Delta yang mudah menular serta pembawaan virus tersebut melalui udara.

Di samping itu, kata Kui Hian, Sarawak juga mempertimbangkan beberapa isu baharu berkait Covid-19 serta mempelajari dari yang lain terutama insiden hipoksia senyap dan jenazah di bawa masuk ke hospital yang tinggi di Semenanjung Malaysia serta sindrom berpanjangan Covid-19.

Jelas beliau, pertimbangan tersebut perlu diambil kira bagi memastikan Sarawak selamat untuk beralih ke fasa tiga PPN.

“Bagaimanapun, kita perlu hidup bersama virus ini seperti yang yang diramalkan oleh pakar global.

“Kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk keluar dari sekatan penuh ini terutamanya varian Delta dan jumlah kes positif yang tinggi di Kuching, Samarahan dan Serian,” katanya dalam satu hantaran Facebook malam tadi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru