3.2 juta pokok ditanam semula di kawasan seluas 8,000 hektar

KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) komited untuk memulihara hutan Sarawak melalui perancangan pemulihannya.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata, pemulihan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) ialah komponen penting kerja perbadanan dalam pengurusan taman negara, hutan simpan dan kawasan pelindungan hidupan liar.

“Terdapat beberapa rancangan pemulihan dalam perancangan, termasuk membina semula taman hutan bandar dengan memulihkan 250 hektar kawasan terjejas dalam masa lima tahun,” katanya dalam perutusan sempena Hari Hutan Antarabangsa Sedunia pada 21 Mac.

Sebagai usaha untuk mengurangkan perubahan iklim, beliau berkata, terdapat juga penanaman 3.2 juta pokok di kawasan seluas 8,000 hektar di Sarawak di bawah projek bumi, laut dan langit.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 24Mac 2021

Suara Sarawak