Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat isu penagihan dadah.
Menurut kajian prevalen penagihan dadah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2022 mendapati setiap 100 belia, enam individu mengaku pernah mengambil dadah sepanjang hayatnya, manakala empat lagi mangaku masih aktif mengambil dadah.
Justeru, sambutan Hari Antidadah dirai pada 26 Jun setiap tahun dan masih mengekalkan tema “Lebih Baik Cegah” dengan mesej “Pencegahan Bermula di Rumah”.
Sambutan itu bertujuan mengingatkan masyarakat Malaysia tentang bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah yang kini menjadi isu kesihatan dan keselamatan dalam negara.