ARTIKEL

3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke akaun fleksibel berjumlah RM11.52 bilion – MoF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 3.61 juta atau 27.8 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun telah memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM11.52 bilion setakat 24 Jun 2024.

Dalam pada itu, sebanyak RM5.12 bilion pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan, kata Kementerian Kewangan (MoF).

“Seramai 3.16 juta ahli atau 24.3 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan amaun pengeluaran sebanyak RM7.81 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

MoF berkata inisiatif berkenaan adalah langkah proaktif untuk membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penuaan penduduk serta perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP.

Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan oleh Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta status pembaharuan Akaun Fleksibel mulai 11 Mei kepada pencarum. 

“Dalam kalangan ahli yang membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, seramai 41 ribu ahli, sebelum pindahan dilakukan tidak mencapai simpanan asas mengikut umur ketika ini mencapai simpanan asas mengikut umur berikutan pindahan sebahagian simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Persaraan,” katanya. 

MoF berkata KWSP akan kekal komited untuk terus memberi pulangan yang kompetitif kepada para pencarum dalam usaha meningkatkan baki simpanan persaraan mereka dan mengelakkan para pencarum terjebak dalam krisis kemiskinan pada usia tua kelak.

“Pengumpulan baki simpanan ahli adalah bergantung kepada trend caruman dan pengeluaran oleh ahli. Caruman yang konsisten dan pengeluaran hanya dilaksanakan untuk tujuan berpatutan akan membantu ahli membina baki simpanan persaraan pencarum, katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja