Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

3 sebab kenapa jual tepi jalan pun perlu daftar perniagaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Naroden Majais

BAU: Setiap usahawan biarpun hanya menjual sayur atau ikan di tepi jalan dikehendaki mendaftar perniagaan masing-masing agar tidak terpinggir daripada mendapat bantuan daripada kerajaan.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais berkata, dengan mendaftar perniagaan, golongan usahawan tersebut akan layak untuk memohon bantuan seperti geran, pinjaman wang termasuk latihan daripada agensi kerajaan.

“Kalau berniaga secara individu, agak sukar untuk kita mengembangkan perniagaan tetapi kalau melalui syarikat (mendaftar perniagaan), perniagaan boleh menjadi besar menerusi pinjaman atau geran daripada kerajaan.

“Malah ini membolehkan usahawan menyumbang dari segi peluang pekerjaan, eksport, agropelancongan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jum Regista  Bisnes Sarawakku Sayang di Dewan Masyarakat Krokong, di sini semalam yang turut dihadiri penyandang Dun Serembu Miro Simuh.

Dalam pada itu, Naroden berharap agar usahawan mengubah persepsi mendaftar perniagaan akan menyebabkan mereka dikenakan cukai.

Katanya perkara itu perlu dilihat dari sudut positif, iaitu untuk mengembangkan perusahaan mereka. Sementara, Naroden berkata setakat ini, terdapat kira-kira 80,000 usahawan berdaftar di seluruh Sarawak manakala lebih kurang 40,000 lagi belum berdaftar.

Justeru, bagi usahawan yang berdaftar, mereka menerima bantuan daripada kerajaan Sarawak menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga 7.0.

“Ramai usahawan yang telah mendapat bantuan dalam bentuk tunai, diskaun, subsidi dan sebagainya malah diskaun sewa bangunan kedai yang dimiliki agensi kerajaan juga masih diberi sehingga sekarang.

“Jadi itulah manfaat yang diberi oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada masyarakat usahawan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk