Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

30 atlet muda boling padang timba pengalaman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SEBAGAI KENANGAN...Peserta terlibat merakam gambar bersama Zuraidi Putih dan Awang Mahyan (duduk ditengah).
SEBAGAI KENANGAN…Peserta terlibat merakam gambar bersama Zuraidi Putih dan Awang Mahyan (duduk ditengah).

KUCHING: Langkah tepat dilakukan Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA) dalam menyediakan atlet pelapis sukan berkenaan.

Badan induk terbabit menerusi kerjasama dengan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah menganjurkan program khas ‘Sesi Bersama Zuraidi Putih’ iaitu Ketua Jurulatih Boling Padang Kebangsaan Malaysia.

Program selama sehari itu menghimpunkan 30 orang peserta terdiri daripada atlet program pembangunan.

Presiden SALBA Awang Mahyan Awang Mohamed memberitahu, ia merupakan program khas pihaknya untuk tahun ini dengan kerjasama SSC.

“Objektif penganjuran program ini ialah sebagai pendedahan awal kepada semua atlet muda terhadap sukan boling padang,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, pada masa yang sama semua atlet terlibat juga berpeluang mempelajari teknik sebenar permainan sukan tersebut daripada jurulatih kebangsaan yang suatu ketika dahulu pernah mengemudi skuad boling padang Sukma Sarawak.

Beliau akui, beberapa program lain akan turut dilaksana oleh pihaknya sepanjang tahun ini.

SERAH…Zuraidi Putih (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang atlet muda terlibat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru