ARTIKEL

30 pasukan berentap Piala ADUN Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 30 pasukan akan berentap untuk memburu kejuaraan pada Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah, Piala ADUN Simunjan (Awla Dris) 2023 yang akan disingkap tirainya Ahad ini.

ADUN Simunjan Awla Dris memberitahu, pasukan yang turut serta dalam kejohanan kali ini mewakili pelbagai kampung dan kelab handalan sekitar Kuching dan Samarahan.

“Pasukan yang turut serta ini dari kampung Daerah Simunjan, Kuching, Samarahan serta daerah-daerah sekitarnya,” ujar Awla kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menegaskan, kejohanan terbabit dianjur oleh Saberkas Cawangan Simunjan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Simunjan.

Tambah beliau lagi, kesemua perlawanan akan berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng, Simunjan.

“Hadiah menarik menanti empat pasukan terbaik. Juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,500 berserta piala dan satu set jersi.

“Pasukan yang muncul naib juara akan menerima wang tunai RM2,000 selain piala dan satu set jersi. Berbanding, wang tunai RM1,000 dan RM700 serta piala masing-masing diterima pasukan ditempat ketiga dan keempat,” tambah Zaini lagi.

Baca lain  Jurulatih dari Singapura dan Brunei minat bimbing Sarawak

Katanya, objektif penganjuran kejohanan itu selain dilihat sebagai landasan terbaik memupuk kembali gaya hidup sihat dalam kalangan pemain berstatus veteran.

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh