ARTIKEL

30 pelan pengurusan, pemuliharaan taman negara Sarawak menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menyasarkan untuk menyiapkan 30 pelan pengurusan dan pemuliharaan taman negara menjelang 2030.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, penggubalan dasar tersebut untuk taman-taman negara yang diwartakan di Sarawak yang merupakan salah satu matlamat utama di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 Sarawak 2030.

“Justeru, kementerian saya akan bekerjasama rapat dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan menetapkan sasaran tiga pelan pengurusan disiapkan setiap tahun, menjadikan 30 pelan menjelang 2030,” katanya.

Adun Asajaya itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dun Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, bagi tahun ini pembangunan rancangan pengurusan untuk Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir sedang dijalankan.

“Usaha ini membolehkan Sarawak membangunkan dan meningkatkan lagi destinasi pelancongan serta tarikannya ke pasaran domestik serta antarabangsa selaras dengan matlamat pembangunan mampan (SDG),” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya kementeriannya turut menfokuskan usaha meningkatkan pelancongan berasaskan komuniti sebanyak 20 peratus dengan penekanan menambah pendapatan isi rumah komuniti tempatan yang mengambil bahagian.

“Oleh demikian, objektif kementerian meningkatkan kluster inap desa daripada 46 kepada 48 kluster tahun ini.

“Inisiatif ini termasuk mendaftar lebih banyak kluster inap desa, pembinaan kapasiti masyarakat setempat dengan menambah nilai kepada produk dan perkhidmatan mereka,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU