30 pemohon terima agihan pertama Tabung Kemudahan Pertanian berjumlah RM155,000

SARIKEI: Kerajaan GPS memperuntukkan RM750,000 di bawah Tabung Kemudahan Pertanian (AFF) dalam usaha memperkasa sektor pertanian Zon Tanjung Manis di kawasan Dun Kuala Rajang.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, seramai 30 pemohon menerima agihan pertama sebanyak RM155,000 manakala, selebihnya selepas sambutan Aidilfitri.

Katanya, selain bantuan input berupa peralatan pertanian, kerajaan juga melaksanakan Program Perluasan Jangkauan Komuniti CEOP yang berbentuk bengkel.

“Antara tujuan pelaksanaannya adalah untuk memberi penerangan dan ilmu di samping menyuntik semangat dan kemahiran dalam kalangan penggiat sektor berkenaan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zakat di Pusat Khidmat Kuala Rajang di sini, kelmarin.

Beliau berkata, sebagai langkah mempelbagaikan sumber pertanian dan pendapatan pekebun kecil, kerajaan turut menyalurkan bantuan benih seperti cili, tembikai, labu, baja, kelulut dan racun kepada pemohon di Kampung Jerijeh, Rajang dan Belawai yang berjaya sepanjang Mei

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mei 2021

Suara Sarawak