ARTIKEL

30 syarikat sertai penilaian PSIEA 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 30 syarikat pelbagai sektor dari seluruh Sarawak terlibat dalam sesi penilaian syarikat sempena Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2023, yang dilaksanakan di Kompleks Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak, di sini semalam.

Penyertaan organisasi ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu mikro, kecil, sederhana dan besar.

Dengan menggunakan kriteria penilaian Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) iaitu kriteria sama digunakan bagi Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI), setiap organisasi terlibat diberikan skor dan pemilihan kategori penerima anugerah emas, perak dan gangsa.

Pengarah MPC Sarawak, Dr Mazlina Shafi’i mengucapkan tahniah kepada 30 syarikat yang terlibat kerana menunjukkan iltizam dan keazaman dalam menyemarakkan kecemerlangan serta peningkatan daya saing mampan melalui inisiatif Kecemerlangan Perniagaan (BE).

“Selari dengan rangka kerja daya saing yang mengukur kecekapan perniagaan melalui ketangkasan organisasi, saya yakin anugerah ini menjadi pemangkin untuk menyebar luas konsep BE kepada organisasi di Sarawak dan seterusnya menjadi sebahagian dari komuniti BE.

“Selain itu, organisasi cemerlang ini diharap menjadi model rujukan dan penyuntik semangat serta persaingan sihat dalam kalangan industri di Sarawak khasnya,” katanya.

Sesi penyampaian Anugerah PSIEA 2023 dijangka berlangsung pada 9 Oktober di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Terdahulu, MPC dengan kerjasama Sarawak Business Federation (SBF), melaksanakan anugerah ini setiap dua tahun sekali bermula pada 2017 dan organisasi yang menyertai PSIEA berpeluang mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan iaitu AKI yang ditadbir oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

BERITA LAIN

Sasar nilai jualan RM400 juta

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan nilai jualan hampir RM400 juta daripada pelancaran lima produk bioteknologi oleh syarikat berstatus BioNexus dan Pemecut

BERITA TERBARU

Chelsea Richard nunda singkang indai

SYLVESTER RIANGSuarasarawak.news@gmail.com KINI kuah naya enti enda ngagai asi nya siti jaku sempama ti nemban dikena nerang pasal pengerindu besai siku penanyi biak, Chelsea Richard

Inisiatif manah mutar penanggul penyalah dadah

BINTULU: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 ti dikemendar Dewan Rakyat ensanus (18 Julai) siti inisiatif positif nambah tikas