ARTIKEL

30 unit komputer riba untuk PdPR pedalaman Sabah dan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yayasan Astro Kasih, di bawah pimpinan Astro Malaysia menyumbang 30 unit komputer riba kepada tiga sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menurut Astro, sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikatnya membantu golongan memerlukan.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha di bawah teras pendidikan untuk jangka masa panjang, demi memastikan pembelajaran dapat diakses oleh para pelajar di seluruh negara.

“Inisiatif ini dilaksanakan untuk merapatkan jurang digital dengan membenarkan guru-guru dan murid sekolah setelah mengambil kira faktor kekangan pembelajaran di dalam bilik darjah ketika negara mengharungi pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu semalam.

Antara sekolah yang terlibat termasuk Sekolah Kebangsaan Magandai (Kota Marudu, Sabah), Sekolah Kebangsaan Malinsau (Ranau, Sabah) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Paku (Kapit, Sarawak) memudahkan pengaksesan kandungan pendidikan secara dalam talian.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mei 2021

BERITA LAIN

BERITA TERBARU