300 penduduk Asajaya terima bakul makanan

ASAJAYA: Seramai 300 penduduk di sekitar kawasan Asajaya menerima bantuan bakul makanan sempena Program Kembara Prihatin Negara (KPN).

Penyelaras program Razemah Azool berkata, bakul makanan yang disampaikan itu merupakan salah satu inisiatif Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK) Samarahan Zon Asajaya.

“Ia memudahkan kita untuk mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak seperti syarikat, pemimpin, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, program ini juga akan memperkukuh mutu perkhidmatan melalui jalinan ukhuwah antara pihak yang terlibat termasuk ketua masyarakat dan sukarelawan JKM,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Tambahnya, Persatuan Maju Ke Hadapan Kuching Food Aid telah menyumbangkan 300 bakul makanan untuk diagihkan dalam program tersebut.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Apr 2021

Suara Sarawak