ARTIKEL

Suasana sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PUSTAKA Negeri Sarawak.

300 tetamu meriahkan majlis ramah tamah Aidilfitri Pustaka Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 300 tetamu memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pustaka Negeri Sarawak yang berlangsung di pekarangan Lobi Perpustakaan Negeri Sarawak (PUSTAKA) Negeri Sarawak, hari ini.

Majlis bermula seawal jam 11 pagi itu menyaksikan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada kakitangan, rakan kolaborasi, media serta tetamu jemputan.

Kumpulan ‘Keramat Buskers’ menyampaikan persembahan.

Program berlangsung meriah dengan menyaksikan pengunjung mengenakan pelbagai pakaian tradisional Melayu sekali gus mewarnai suasana majlis dengan pakaian aneka warna.

Suasana majlis diceriakan lagi dengan persembahan kumpulan ‘Keramat Buskers’ yang mendendangkan beberapa koleksi lagu Hari Raya Aidilfitri.

Pemandangan di pekarangan lobi PUSTAKA Negeri Sarawak.

Paling menjadi tumpuan, beberapa sajian makanan berupa makanan tradisional seperti ayam masak merah, nasi minyak, sate daging, kopi Hainan, air cokelat, kek lapis Sarawak, aiskrim serta banyak lagi juadah enak yang lain.

Majlis bertujuan mengeratkan silaturahim antara masyarakat di samping memberi penghargaan kepada kakitangan Pustaka Negeri Sarawak.

Pada masa sama, majlis turut menyambut ulang tahun 34 kakitangan Pustaka Negeri Sarawak yang lahir pada bulan April hingga Jun.

Hadir pada majlis itu, Pengerusi Perpustakaan Negeri Sarawak, Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Timbalannya, Datuk Dr Rashidah Bolhassan dan Pengerusi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, Datuk William Patrick Nyigor.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli