3,000 penduduk Mangut datang majlis ilmu Ustaz Kazim

MANGUT: Dianggarkan 3,000 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu bersama Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias di Tapak Pesta Ikan Buntal Kampung Mangut, malam ini.

Turut hadir Adun Saribas Mohammad Razi Sitam, Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak Nazari Bujang, Temenggong Bahagian Betong Pi’ee Alwi serta ketua-ketua jabatan, masyarakat dan kaum.

Kazim yang hadir kira-kira 9.00 malam mengupas topik Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari.

Ketika membuka bicara, beliau menyatakan kematian itu pasti dan akan ditempuhi setiap makhluk yang bernyawa.

“Muda, tua bukan ukuran… cuma kita harap meninggal dalam keadaan baik yakni khusnul khatimah,” katanya.

Suara Sarawak