ARTIKEL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

 

Datuk Willie Mongin (Foto Alif Noni)

PADAWAN: Kejatuhan harga sawit ketika ini tidak akan berpanjangan dan akan pulih dalam kadar yang segera.

Meskipun tidak memberi tempoh yang khusus mengenai pemulihan harga tersebut, Timbalan Menteri Komoditi dan Perusahaan Peladang Datuk Willie Mongin menjelaskan bahawa harga Buah Tandan Segar (BTS) ketika ini tidak akan menurun pada harga RM700 hingga RM500 satu tan.

Jelasnya, kejatuhan harga sawit ketika ini disebabkan oleh pembukaan eksport minyak sawit oleh Indonesia di samping lambakan sawit mentah yang dibeli oleh pembeli termasuk faktor lain yang mempengaruhi iaitu logistik dan nilai mata wang asing.

“Terdapat pembetulan harga selepas ini apabila stok ini semua sudah dikeluarkan dan penyelarasan harga akan berlaku.

“Dalam sektor agrikomoditi ini memang terjadi, kadang kala ada kitaran. Ketika ini ia memang menurun, semestinya disebabkan oleh kesan domino. Apa yang turun pasti akan naik,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo, di sini hari ini.

Justeru Willie menyarankan agar peladang kelapa sawit di negara ini tidak memusnahkan tanaman mereka.

Jelasnya, ia berkemungkinan harga sawit akan meningkat pada masa akan datang sekaligus merugikan para peladang.

Mengenai peladang kelapa sawit dari Kalimantan, Indonesia menjual hasil tuaian mereka ke negeri ini, Willie berkata, mereka harus memiliki lesen mengimport untuk menjual sawit di sini.

“Setakat ini untuk BTS tidak ada, untuk dedak isirung sawit (PKC) ataupun minyak sawit mentah (CPO) memang ada lesen import diluluskan untuk diimport.

“Kalau ada benda ini berlaku memang kita ambil tindakan tetapi saya ingin membuat siasatan sama ada perkara ini benar atau tidak,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan