WASHINGTON: Kapal selam Titan penjelajah bangkai kapal Titanic disahkan mengalami ledakan.
Kelima-lima penumpangnya disahkan maut dalam tragedi tersebut.
Menurut Coast Guard AS pada Khamis, bangkai kapal selam tersebut sudah dijumpai.
AFP pada Jumaat melaporkan, lima penumpang yang berada di dalam kapal selam itu ialah ketua operator pelancong Stockton Rush, seorang operator kapal selam Perancis Paul-Henri Nargeolet, 77, juga dikenali segagai Mr Titanic, seorang bilionair penerbangan Britain Hamish Harding, 58, dan seorang konglomerat Pakistan bernama Shahzada Dawood, 48, bersama-sama anaknya Suleman Dawood, 19.