ARTIKEL

30,893 pelajar terima wang pendahuluan PTPTN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 30,893 pelajar ditawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) melibatkan peruntukan RM46.34 juta bagi kemasukan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi Oktober tahun ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan pelajar itu akan menerima WPP RM1,500 bagi pengajian di IPTA.

Inisiatif ini demi memastikan tiada pelajar yang terpinggir daripada melanjutkan pelajaran akibat masalah kewangan.

“Bantuan ini diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia setelah mereka bersetuju menerima WPP melalui permohonan UPU online atau melalui portal IPTA selain ibu bapa atau penjaga pelajar harus menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim berkata WPP bertujuan mendukung pencapaian matlamat pendidikan negara dengan memastikan bahawa semua pelajar dapat meneruskan pengajian di IPTA tanpa menghadapi beban kewangan.

ADVERTISEMENT
“Pemberian WPP ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa kerana kita percaya tidak semua mampu menghantar anak-anak ke IPT, semuanya memerlukan sumber kewangan yang tinggi.” katanya.

Pelajar boleh memeriksa penawaran WPP melalui portal rasmi PTPTN dan menunaikan WPP berkenaan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara dalam tempoh dua bulan bermula 19 Sept hingga 18 Nov 2023 dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan).

Informasi tambahan tentang WPP dan pinjaman PTPTN dapat dilayari melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my selain siswa juga boleh mendapatkan informasi dengan cepat melalui aplikasi myPTPTN. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur