ARTIKEL

William (kiri) dengan bangga menyampaikan skrol kepada seorang penerima sempena Majlis Graduasi Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di BCCK, hari ini.

309 siswazah Swimburne terima skrol, digesa bentuk dunia lebih baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 309 siswazah Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak menerima skrol masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian pada majlis graduasi yang berlangsung hari ini.

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu juga menyaksikan penyampaian skrol dan anugerah kepada siswazah yang tamat pengajian bagi sesi 2023.

Penganugerahan diberikan kepada 275 siswazah, yang mana 123 adalah daripada bidang perniagaan, 79 (kejuruteraan), 47 (pengkomputeran), 18 (reka bentuk), empat (sains), tiga (media dan komunikasi) serta seorang pelajar yang lulus dengan dua ijazah dalam bidang kejuruteraan dan sains komputer selain 12 pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan. 

Penganugerahan turut disampaikan kepada 19 siswazah daripada program sarjana iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Antarabangsa), Sarjana Sains (Penyelidikan), Sarjana Sastera (TESOL), Sarjana Teknologi Maklumat, dan Sarjana Kejuruteraan (Penyelidikan).

Manakala, tiga anugerah Doktor Falsafah disampaikan dalam bidang kejuruteraan, sistem maklumat serta kemanusiaan, seni dan sains sosial.

Ahli Majlis Universiti Teknologi Swinburne, William Lye OAM KC, FRI berkata, para siswazah mempunyai peluang untuk membantu masyarakat khususnya di Sarawak dalam menghadapi cabaran teknologi terkini. 

“Beribu-ribu alumni Swinburne mampu menjadi inovator dan pencipta untuk membawa komuniti ke arah yang lebih baik sekali gus menjadi pendorong untuk terus maju ke hadapan.

“Pada waktu yang penting dalam perjalanan hidup ini, saya mencabar siswazah untuk mempertimbangkan cara bagi menyumbang kepada pembentukan dunia yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di BCCK hari ini.

Majlis graduasi itu turut menyaksikan penyampaian Ijazah Sarjana Sains (Penyelidikan) kepada Allahyarhamah Fatin Syafiqah Yazi yang diwakili ibunya, Hadinah Yusof.

William (tengah) menyampaikan Ijazah Sarjana Sains (Penyelidikan) kepada Hadinah, ibu Allahyarhamah Fatin Syafiqah Yazi.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)