ARTIKEL

31 kaunselor telah dilantik bagi Majlis Daerah Gedong 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 31 orang kaunselor telah dilantik bagi memastikan urus tadbir Majlis Daerah Gedong (MDG) sistematik dan berjalan lancar.

Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, kesemua lantikan terbabit telah diluluskan pada November lalu dan akan beroperasi sepenuhnya bermula Januari 2024.

“Gedong sudah menjadi antara lima daerah baharu yang telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak dengan senarai 31 orang kaunselor dan peruntukan untuk majlis sudah diluluskan untuk berkuat kuasa pada Januari tahun hadapan.

“Apabila MDG sudah bermula nanti, kita akan melihat pembangunan di Gedong lebih rancak di bawah majlis yang mana dulunya di sini tiada pegawai daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu percaya penubuhan MDG itu bakal merancakkan lagi pembangunan di kawasan tersebut.

Dedahnya, setakat ini banyak perancangan pembangunan Gedong telah pun bermula dan dijangka bermula pada masa terdekat.

“Antaranya, dua jambatan sedang dibina bagi menghubungkan kawasan lama Gedong ke lokasi pentadbiran baharu,” dedahnya.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Gedong antara lima daerah baharu diwujudkan meliputi Samarahan, Serian, dan Sri Aman.

Jelas Abang Johari yang juga merangkap ADUN Gedong, naik taraf Gedong sebagai daerah itu adalah untuk memastikan pentadbirannya lebih tersusun dan terperinci serta infrastruktur yang lebih mantap.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan