ARTIKEL

31 orang angkat sumpah Ahli Majlis MDS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Seramai 31 orang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Simunjan (MDS) bagi tempoh 2023 hingga 2025 di Dewan Mesra Simunjan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 16 orang adalah muka baharu.

Selain itu, 19 orang dilantik adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), lima orang daripada Parti Demokratik Progresif (PDP), tiga orang daripada Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) dan tiga orang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Majlis perasmian angkat sumpah tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil.

Terdahulu dalam ucapannya, Penguang merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan ahli-ahli majlis yang telah berkhidmat dengan jujur serta penuh dedikasi.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli majlis bahawa lantikan mereka ini membawa makna dan tanggungjawab yang begitu besar kepada diri serta masyarakat setempat.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Adun Simunjan, Awla Dris.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan