ARTIKEL

31 pegawai, anggota polis dibuang kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 31 pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur dikenakan tindakan dibuang kerja atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata jumlah berkenaan berkurangan berbanding seramai 40 pegawai dan anggota yang dikenakan tindakan buang kerja bagi tempoh yang sama tahun lepas.


“Sentiasalah menjalankan tugas dengan berintegriti kerana integriti bukan sahaja mencerminkan imej seseorang pegawai dan anggota polis, malah ia melambangkan identiti Polis Diraja Malaysia,” katanya ketika berucap pada Perhimpuan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini semalam.

Allaudeen berkata anggota polis merupakan petugas barisan hadapan yang berhadapan masyarakat, oleh itu sangat penting bagi pegawai dan anggota meningkatkan disiplin, melaksanakan tugas mengikut prosedur operasi standard.

Selain itu, Allaudeen berkata sepanjang tahun ini seramai 93 anggota dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan manakala 34 anggota dinaikkan menjadi Sarjan Mejar.

“Kenaikan pangkat bukanlah suatu kemegahan sebaliknya merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Maka galaslah amanah dan tanggungjawab ini sepenuh hati dan berkhidmatlah dengan profesional serta integriti yang tinggi setiap masa,” katanya. –BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

10 juta pelanggan, pengguna5G hampir 30 peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan hampir 10.07 juta langganan perkhidmatan rangkaian 5G atau menyamai kadar penggunaan sebanyak 29.9 peratus setakat 31 Januari 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi

Cadangan untuk mendakwa pencuri kandungan berita

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bercadang membangunkan sistem asas agar pemilik berita atau pencipta kandungan boleh membuat aduan sekiranya kandungan itu digunakan tanpa kebenaran. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun