ARTIKEL

31,140 belia bawah 35 tahun bankrap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah didaftarkan sebagai bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023 berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUndang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Beliau berkata, prihatin terhadap situasi tersebut, kerajaan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memberi pelepasan kebankrapan kepada mereka yang diisytiharkan muflis dengan jumlah hutang berskala kecil di bawah RM50,000 yang memenuhi syarat bermula 1 Mac tahun ini.

“MDI telah meminda Seksyen 5(1) (a) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 (Akta A1624) yang diwartakan pada 22 Oktober 2020 dan berkuat kuasa sejak 1 September 2021.

“Pindaan bertujuan menetapkan nilai had minimum keberhutangan kepada RM100,000 yang secara tidak langsung membantu menurunkan peratusan bankrap didaftarkan dengan MDI termasuklah golongan belia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda yang ingin tahu jumlah belia yang muflis serta usaha kerajaan bagi membendung isu tersebut.

Selain itu, Ramkarpal berkata, kerajaan turut memperkenalkan peruntukan berkenaan pelepasan automatik pada tahun 2017 di bawah Akta 360.

Peruntukan pelepasan automatik tersebut katanya, membolehkan golongan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat iaitu tiga tahun daripada tarikh pemfailan Penyataan Hal Ehwal (PHE) dengan MDI.

“Kerajaan juga telah melakukan penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan automatik melalui Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Mei lalu dan Dewan Negara pada 19 Jun ini,” katanya.

Selain itu, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab bagi membantu orang ramai yang mengalami masalah keberhutangan serius.

“Institusi kewangan perlu memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan bekas pemandu Grab

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang bekas pemandu Grab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Kementerian Sumber Manusia untuk menolak pendengaran

PKR Sabah anjur himpunan Perdana Rakyat 4 Ogos ini

KOTA KINABALU: PKR Sabah akan menganjurkan program Himpunan Perdana Rakyat yang bakal diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

BERITA TERBARU

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh