ARTIKEL

JIM Lawas melakukan pemeriksaan terhadap seorang individu yang merayau di sekitar bandar Lawas, sempena Ops Kutip

Seorang warga Filipina ditahan dalam Ops Kutip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Unit Penguatkuasaan Imigresen (UPI) Lawas telah menahan seorang individu warga asing dalam operasi rutin Ops Kutip yang dijalankan semalam.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, individu yang ditahan tersebut merupakan seorang warganegara Filipina.

“Dalam operasi tersebut, UPI JIM Lawas telah memeriksa dua orang individu sepanjang pemantauan dijalankan.

“Individu tersebut dilihat sering merayau dan berada di kawasan komersial bandar Lawas.

JIM Lawas menahan seorang individu warga Filipina yang disyaki tidak mempunyai dokumen dan pas perjalanan yang sah

“Namun, setelah diperiksa, didapati seorang daripada individu tersebut tidak mempunyai dokumen dan pas perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, JIM Sarawak menyeru orang ramai untuk melaporkan dengan segera sekiranya terdapat kecurigaan yang berlaku di kawasan sekeliling.

Selain itu katanya, orang ramai dipohon agar melaporkan dengan segera kepada JIM Sarawak sekiranya mempunyai maklumat yang sahih berhubung kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan masing-masing.

BERITA LAIN

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

Perselisihan faham punca kes bunuh bapa saudara

MIRI: Perselisihan faham antara ahli keluarga dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki oleh anak saudaranya, sebelum mayatnya ditemukan di tepi sungai di Senadin, di sini

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu