3,140 tangki air diagih di Asajaya

SAMARAHAN: Sebanyak 3,140 tangki air diagihkan kepada penduduk di kawasan Asajaya menerusi tiga fasa, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Adun Asajaya berkata, ia membolehkan penduduk kampung menyimpan air jika berlaku masalah bekalan air di kawasan mereka.

“Syukur ramai penduduk kampung di kawasan Asajaya sudah menerima tangki air untuk kegunaan harian selain membantu menakung air sebagai simpanan sekiranya berlaku masalah bekalan air terutama ketika musim panas.

“Saya ingin menasihati semua penerima agar menjaga dan memanfaatkan bantuan ini sebaik-baiknya demi kebaikan ahli keluarga yang lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Tangki Air Sarawak bagi Dun Asajaya di Kampung Sebandi Ulu, di sini.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mac 2021

Suara Sarawak