Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

3,188 tangkapan kes dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PDRM

KUCHING: Kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu terus diperkukuh bagi menjamin keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia penting terutama untuk membendung isu penyalahgunaan dadah dan substans di Sarawak.

Menurutnya, PDRM Sarawak merekodkan sebanyak 3,188 tangkapan bagi kes dadah dari tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut, 172 tangkapan melibatkan kesalahan membekal dan 734 tangkapan pula direkodkan bagi kesalahan memiliki dadah dan substans.

“Sementara itu, sebanyak 2,282 lagi adalah tangkapan bagi kesalahan positif urin,” katanya. Beliau berkata demikian pada Program Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, semalam.

Tambahnya, nilai rampasan dadah sepanjang tempoh tersebut dianggarkan sebanyak RM7.6 juta. Justeru, pelbagai usaha dilaksanakan bagi menangani isu dadah dan substans yang semakin membimbangkan antaranya kerjasama erat bersama- sama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Sarawak dalam One Stop Committee bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS).

Baca lain  Dua kes buli pelatih doktor di Sarawak selesai

“Kerajaan Sarawak turut membiayai sejumlah peruntukan untuk membeli peralatan bagi tujuan melakukan gerak gempur agresif ke atas aktiviti penyalahgunaan dadah. “Ini adalah salah satu usaha dalam membantu penguatkuasaan yang lebih berkesan,” jelasnya.

Fatimah turut menzahirkan penghargaan kepada warga PDRM dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. “Saya berharap kerjasama yang terjalin ini akan terus bertahan bagi kesejahteraan kita bersama, khasnya dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan substans di Sarawak,” ujarnya lagi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Razi Sitam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata turut hadir.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru