Trending

32 kertas siasatan penipuan RM2.3 juta dibuka

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching membuka sebanyak 32 kertas siasatan melibatkan kes penipuan telefon dari tempoh 1 Januari hingga 6 Jun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, kes penipuan yang dilaporkan itu membabitkan kerugian sebanyak RM2.3 juta.

Jelasnya, modus operandi kes penipuan ini membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pihak berkuasa dan memperdayakan mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi kes yang didakwa ke atas mangsa.

“Daripada 32 kes yang telah disiasat, anggaran umur mangsa adalah di antara 19 tahun sehingga 70 tahun yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai kerajaan, agensi swasta, pelajar serta suri rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 18 kertas siasatan telah dituduh bagi tahun 2023 berkaitan kes ini.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai jangan mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang mengatakan bahawa anda terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

Jelasnya, orang ramai harus membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak agensi yang terlibat untuk pengesahan lanjut.

“Individu yang terima panggilan telefon jangan mudah panik dan pastikan memaklumkan perkara tersebut kepada pasangan, rakan atau ahli keluarga terdekat tentang panggilan yang diterima.

“Jangan mudah memindahkan wang atau memberikan butiran perbankan kepada orang yang tidak dikenali sebaliknya terus hubungi atau hadir di balai polis atau pihak bank yang berhampiran bagi mendapat nasihat,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diminta menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera bagi menyekat pengeluaran wang anda.

Katanya, orang ramai boleh membuat semakan nombor akaun bank suspek di portal Semak Mule PDRM atau laman web https://semakmule.rmp.gov.my

Beliau berkata, melalui semalan aplikasi whoscall orang ramai boleh mengesan panggilan masuk nombor telefon scammer yang tersenarai dalam pangkalan data sistem SEMAKMULE milik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Layari portal rasmi PDRM (mp.gov.my), JSJK (ccid.rmp.gov.my) dan Facebook JSJK Sarawak untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung modus operandi kes penipuan.

Tamat

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru