Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

32 kru dan tiga tekong ditahan ceroboh perairan negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Sebahagian kru nelayan Vietnam yang ditahan pada Khamis lalu.
Effendi menunjukkan lokasi penangkapan tiga bot nelayan Vietnam pada Khamis.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah berjaya menahan tiga bot nelayan asing Vietnam bersama 32 kru termasuk tiga tekong, Khamis lalu.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata ketiga-tiga bot itu ditahan pada jarak lebih kurang 193 batu nautika dari utara Pelabuhan Bintulu, sekitar jam 1.30 pagi.

Malah katanya, ketiga-tiga bot berkenaan disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kesemua bot nelayan asing itu telah dikesan sekitar jam 10 malam dalam keadaan terapung dan tidak bertindak agresif ketika dihampiri oleh penguat kuasa.

“Bot pertama ditahan pada jam 10.45 malam(Rabu) manakala bot kedua ditahan pada jam 11.16 malam dan bot ketiga pada jam 1.30 pagi (Khamis),” katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Zin Bintulu, petang tadi.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas tiga-tiga bot nelayan tersebut mendapati semua 32 kru termasuk tiga orang tekong yang berumur di antara 24 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan yang sah selain tidak mempunyai lesen untuk memungut hasil laut di perairan negara (ini).

Effendy berkata pihaknya turut menyita semua peralatan yang digunakan nelayan tersebut termasuk bot, peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan dan 2,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Sebahagian kru nelayan Vietnam yang ditahan pada Khamis lalu.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News