ARTIKEL

32 pasukan berentap kejohanan bola sepak veteran piala ADUN Simunjan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 32 pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah, Piala ADUN Simunjan (Awla Dris) yang akan berlangsung dari 22 Julai hingga 27 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi Kejohanan, Mohammad Zaini Morshidi memberitahu, pasukan yang turut serta dalam kejohanan kali ini mewakili pelbagai kampung dan kelab-kelab handalan sekitar Kuching dan Samarahan.

Katanya, kejohanan ini dianjur oleh Saberkas Cawangan Simunjan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Simunjan.

“Hadiah menarik menanti empat pasukan terbaik. Juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,500 beserta piala dan satu set jersi.

“Pasukan yang muncul naib juara akan menerima wang tunai RM2,000 selain piala dan satu set jersi manakala wang tunai RM1,000 dan RM700 serta piala masing-masing diterima pasukan di tempat ketiga dan keempat,” katanya.

Ujarnya, kesemua perlawanan akan berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng, Simunjan.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim, menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan