NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

32 pasukan futsal bakal berentap hujung minggu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PENGERUSI...Saiful Hanizam
PENGERUSI…Saiful Hanizam

KUCHING: Sebanyak 32 pasukan akan berentap dalam Kejohanan Futsal Terbuka Piala Ahli Parlimen P.204 Betong, Datuk Robert Lawson Chuat 2022 (Kelayakan Zon Saribas).

Sekali gus permulaan pemburuan lima slot terbaik untuk bersaing di pusingan akhir yang menghimpunkan pasukan terbaik dari dua zon berbeza (Zon Bukit Saban & Zon Layar).

Pengerusi Kejohanan Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, pasukan-pasukan yang akan berentap pada 19 dan 20 Mac ini, mewakili pelbagai kelab sekitar Betong selain beberapa kelab handalan dari bandar raya Kuching.

“Kita menjangka saingan sengit akan berlaku sepanjang dua hari kejohanan yang berlangsung di gelanggang futsal Riveria Sports Centre, Debak.

“Ini kerana terdapat pasukan yang turut menyenarai pemain yang pernah menyarung jersi pasukan Sarawak suatu ketika dahulu,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyatakan untuk saingan di Zon Saribas ia dianjur oleh Kelab Sukan Rekreasi Laser Light (KSRLL), Debak dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA).

Menurut Saiful, 16 pasukan terbaik akan berentap di pusingan akhir yang dijadual berlangsung pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak di Riveria Sports Centre Debak.

Baca lain  Prestasi pemain tenis terjejas

Bagaimanapun, 11 pasukan sudah dikenal pasti setakat ini iaitu enam pasukan dari Zon Bukit Saban berbanding lima pasukan dari Zon Layar.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru