KUCHING: Terdapat 332 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak dengan dua kematian hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, daerah yang melaporkan kes ialah Meradong (121), Bintulu (48), Miri (43), Sibu (36), Kuching (24), Samarahan (13), Julau (6), Asajaya (4), Beluru (4), Daro (4), Sarikei (4), Serian (4), Sri Aman (4), Betong (3), Kapit (3), Mukah (3), Sebauh (2), Subis (2), Belaga (1), Dalat (1), Limbang (1) dan Tebedu (1).
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 18,496 kes.
“Daripada 332 kes baharu yang dilaporkan, seramai 47 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan,” katanya.