ARTIKEL

337 sekolah ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 337 buah sekolah ditutup hari ini, melibatkan 56 sekolah menengah dan 281 sekolah rendah akibat jerebu.

Kesemua sekolah terlibat terletak di sembilan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Betong (55), Bau (44), Kuching (85), Lubok Antu (1), Padawan (85), Samarahan (1), Sri Aman (41), Lundu (24) dan Kanowit (1).

Menurut Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad, penutupan semua sekolah berkenaan melibatkan jumlah murid seramai 138,384 orang.

“Pihak sekolah diingatkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa serta memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan sepanjang tempoh sekolah ditutup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat jam 8 lagi ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan di Sri Aman kepada 239, Kuching 173 dan Samarahan 154.

Manakala kawasan-kawasan lain meningkat iaitu Sarikei 157, Sibu 166, Bintulu 120, Mukah 137, Miri 125, ILP Miri 120 dan
Samalaju 102.

Sebanyak 17 tompok panas dikesan di Sarawak, Kalimantan 452 dan Sumatera 243.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha