SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

34 kawasan di Sarawak terjejas banjir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
INFO...Gambar infografik dikeluarkan JPBN setakat jam 7 pagi, hari ini.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengesahkan sebanyak 34 buah kawasan di Sarawak terjejas akibat banjir setakat jam 7 pagi, hari ini.

JPBN dalam kenyataan laporan terkini Monsun Timur Laut (MTL) Sarawak itu melaporkan empat bahagian terlibat iaitu Sibu, Bintulu, Kapit dan Miri.

“Bahagian Sibu merekodkan sebanyak lapan kawasan banjir iaitu lima di di kawasan A (Kawasan Salim dan Stabau) merangkumi rumah Joseph, Salim; kawasan persisiran jalan Salim; Jalan Utama Salim Stabau; Lot 217 Jalan Stabau dan Lot 211 Jalan Stabau.

INFO…Gambar infografik dikeluarkan JPBN setakat jam 7 pagi, hari ini.

“Bahagian B pula melibatkan kawasan Sungai Assan meliputi tiga kawasan iaitu rumah Gerinsam; Kampung Kedada; rumah Meta lu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, laporan itu memberitahu, sebanyak enam kawasan di Bahagian Bintulu terlibat banjir merangkumi Sungai Sebatang, Jalan Kidurong; Jalan Bintulu-Samalaju; Setinggan Kampung Pisang; setinggan RH Jarau; perumahan sungai Plan Kidurong; dan RH Banyang BT 8 Jalan Bintulu-Miri.

“Manakala Bahagian Kapit mencatat 11 kawasan semasa banjir iaitu RH Philipmon Ng Bawai Baleh; RH Umping Lepong Baleh; RH John Ramba Sungai Sesibau; Sk Ng Ibun Pila Kapit; Kampung Muhibah, SK Lepong Baleh; RH Panjang TR Austin Ekau Sipan; Kampung Alai; berek Kerajaan; TR Edwin Kebiau; dan pelabuhan Express Song.

Baca lain  Rendam sudu, garpu, penyepit

“Bahagian Miri pula melibatkan Kampung Subak Bekenu; Kampung Tiris Bekenu; Kampung Pintasan Bekenu; Kampung Dagang Bekenu; Kampung Hunai Bekenu; Kampung Dagang Sepupok Niah; Kampung Jenggalas Bekenu; Kampung Padang Kerbau dan rumah Jipun,” tambahnya.

Laporan itu turut mengesahkan dua Pusat Perpindahan Sementara (PSS) di Miri mulai beroperasi, iaitu masing-masing di dewan masyarakat Sepupok Niah dan dewan masyarakat Bekenu.

“PPS dewan masyarakat Sepupok Niah merekodkan seramai lima orang mangsa, manakala PPS Dewan Masyarakat Bekenu seramai 28 mangsa daripada lapan buah rumah.

“Setakat jam 7 pagi, tiada penambahan mangsa banjir. PPS berada dalam keadaan terkawal,” jelas kenyataan itu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru