Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

34 nelayan setempat terima sumbangan Kasih Ramadan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Shamsudin (berdiri, dua kanan) bersama para penerima sumbangan

KUCHING: Seramai 34 orang nelayan dari Kampung Paya Mebi menerima sumbangan daripada Biro Sosial dan Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Paya Mebi, hari ini.

berupa barangan keperluan itu disampaikan oleh Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi Shamsudin Unai di jeti Nelayan Darat Lubok Buaya, Kampung Paya Mebi di sini.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan nelayan di Kampung Paya Mebi sempena menyambut bulan ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini,” kata Shamsudin ketika ditemu-bual.

Menurutnya, para penerima sumbangan tersebut juga terdiri daripada ahli Persatuan Nelayan Darat Lubok Buaya, Kampung Paya Mebi.

Beliau menambah penyerahan sumbangan berkenaan merupakan program amal tahunan yang diadakan oleh Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi pada setiap kali bulan ramadan bagi meringankan beban golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.

Shamsudin menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru