ARTIKEL

35 PATI ditangkap kerana majikan tidak bertanggungjawab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Gara-gara kedegilan majikan, seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi serbuan mengejut ke atas sebuah ladang sawit di Lambir/Bukit Song di sini semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi tersebut dijalankan oleh Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Pihak imigresen melakukan serbuan di sebuah ladang sawit di Lambir/Bukit Song.

“Bertindak atas maklumat yang diberikan dan hasil risikan, operasi yang dijalankan bermula pada awal pagi semalam, dan telah berhasil menahan seramai 35 orang PATI.

“Pekerja asing yang ditahan didapati melakukan kesalahan seperti tinggal melebihi masa, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan tidak mempunyai pas yang sah untuk tinggal di Malaysia.

“Hasil siasatan mendapati majikan ladang tersebut telah diberikan peluang dan dinasihatkan untuk mendaftarkan pekerja asing yang tidak mempunyai pas yag sah dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK), namun gagal berbuat demikian,” katanya.

Susulan itu, katanya, kesemua individu telah ditahan untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Di samping itu, JIM Sarawak menasihatkan majikan untuk lebih bertanggungjawab dengan membuat permohonan pas kerja bagi pekerja asing di bawah seliaan mereka untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada JIM atau melalui saluran aduan atas talian sedia ada.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU