ARTIKEL

Pelajar cemerlang SM Swasta St Joseph mengabadikan kenangan beramai-ramai bersama Fr Stanley Goh, SJ (tiga kiri).

35 pelajar SM Swasta St Joseph raih semua A bagi SPM 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPSS) mengekalkan pencapaian cemerlangnya apabila 35 pelajarnya memperoleh semua A manakala 79 lagi mendapat B atau lebih baik dalam semua mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Seramai 170 pelajar SJPSS mengambil peperiksaan SPM pada Januari dan Februari lalu.

Pada masa yang sama, seorang pelajar mendapat markah A+ untuk kesemua 10 mata pelajaran manakala dua lagi memperoleh 9A+ dan 1A bagi 10 mata pelajaran mereka.

Sehubungan itu, Pemangku Pengetua SJPSS, Father Stanley Goh, SJ berkesempatan menemui pelajar sambil mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Ini merupakan satu keputusan yang amat membanggakan.

“Saya percaya kejayaan yang diraih bakal menjadi pencetus semangat kepada warga sekolah untuk berusaha dengan lebih tekun dan gigih.

“Malah, semangat keberanian dan kebijaksanaan ‘Josephian’ membuktikan mereka mampu menghadapi setiap cabaran dan rintangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih di atas dedikasi dan kesungguhan semua tenaga pengajar.

“Tahniah kepada semua pelajar dan terima kasih semua guru,” katanya.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU