3,500 anggota ATM bakal terima suntikan vaksin mulai 11 Mac ini

KOTA SAMARAHAN: Kira-kira 3,500 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sarawak bakal menerima vaksin Covid-19 untuk fasa pertama mulai 11 Mac ini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad berkata, untuk pemberian vaksin fasa pertama, piihaknya memberikan keutamaan kepada anggota yang bertugas dalam zon Merah.

“Berdasarkan bekalan terhad vaksin, pemberian akan dilakukan secara berperingkat dan mengikut keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Hari Tentera Darat K-88 Peringkat Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Zon Kuching, di Kem Muara Tuang, semalam.

…… untuk berita penuh dapatkan naskhah Suara Sarawak 4 mac 2021

Suara Sarawak