ARTIKEL

354 kes kebakaran terbuka dilaporkan di Sarawak sehingga 30 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Infografik kes kebakaran terbuka

KUCHING: Sebanyak 354 kes kebakaran terbuka dilaporkan berlaku di Sarawak bagi tempoh 1 Disember 2021 sehingga 30 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata, zon 4 Sibu mencatatkan kes tertinggi iaitu 111 kes diikuti zon 6 Miri (91 kes) dan zon 1 Kuching (77 kes).

Tambahnya, zon 5 Bintulu mencatatkan 35 kes diikuti zon 2 Samarahan iaitu 24 kes dan zon 6 Limbang sebanyak enam kes.

“Sebanyak 218 kes kebakaran terbuka melibatkan kebakaran belukar, lalang, rumput sementara enam kebakaran terbuka melibatkan ladang, kebun.

“Manakala lapan kes melibatkan kebakaran hutan manakala sebanyak 119 kes melibatkan kebakaran sampah dan tiga kes melibatkan lain-lain kebakaran (kayu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, negara pada masa ini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.

Keadaan ini menyebabkan kurangnya pembentukkan awan hujan dan kebanyakkan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak daripada bilangan hari hujan.

Kebakaran terbuka mendatangkan implikasi iaitu mencemarkan udara yang menyebabkan jerebu dan menjejaskan kesihatan.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan