3,583 pelajar di Sibu duduki SPM esok

SIBU: Pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi daerah ini esok (Isnin), seramai 3,583 calon akan mendudukinya di 37 pusat peperiksaannya di sini.

Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba berkata, dari jumlah tersebut, 3,324 calon adalah dari sekolah kerajaan, 131 dari sekolah swasta dan 128 individu persendirian.

“Dari 27 pusat peperiksaan di sini, 24 adalah sekolah kerajaan, satu sekolah swasta dan dua sekolah pusat swasta.

“Terdapat 325 pengawas peperiksaan akan ditugaskan untuk memastikan peperiksaan dijalankan dengan lancar,” ujarnya ketika dihubungi, hari ini (Ahad).

Ditanya mengenai calon-calon dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau dikunci, Ahli berkata, mereka akan dijadualkan di kemudian hari untuk menduduki SPM.

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataannya pada hari Sabtu mengatakan bahawa semua 401,105 calon SPM 2020 yang akan menduduki peperiksaan tersebut bermula Isnin, diingatkan untuk mematuhi Pengurusan dan Operasi Sekolah di bawah garis panduan Norma Baru 2.0 serta operasi standard prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Ini untuk memastikan proses pemeriksaan yang lancar dan mencegah penularan COVID-19, katanya.

Ini juga, tegasnya, untuk mengingatkan semua calon untuk merujuk jadual peperiksaan mereka untuk mendapatkan informasi mengenai tarikh, waktu, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan peringatan.

Tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa peperiksaan SPM yang dijadualkan diadakan pada tahun 2020 akan ditangguhkan hingga tahun ini.

Peperiksaan SPM 2020 akan diadakan mulai 22 Februari tahun ini yang sebelum ini dijadualkan pada 6 Januari tahun ini.

Suara Sarawak