KUCHING: Jumlah daerah berstatus merah di Sarawak menurun kepada 10 daerah, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Menurut JPBNS, ia berikutan Daerah Betong telah bertukar status kepada kuning dan Sri Aman kepada status jingga daripada zon merah hari ini.
“Daerah yang kekal zon merah adalah Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.
Tambah JPBNS, jumlah daerah hijau turut meningkat kepada sembilan selepas Dalat, Belaga dan Lundu kembali ke status hijau daripada kuning.
“Daerah lain yang turut berstatus hijau adalah Pusa, Asajaya, Lawas, Simunjan, Daro dan Kabong.
JPBNS turut memaklumkan sebanyak 36 kluster yang masih aktif, daripada jumlah tersebut sebanyak 12 kluster mencatatkan penambahan kes.