ARTIKEL

360 atlet berentap dalam Sukan Olimpik Khas ke-6 Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
RASMI… Abang Johari merakam gambar kenangan selepas merasmikan Pusat Sukan Komuniti Sibu Jaya dan Sukan Olimpik Khas ke-6 Sukan Sarawak

SIBU: Sukan Olimpik Khas ke-6 Sarawak 2022 akan dilangsungkan di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim baharu, Sibu Jaya selama dua hari bermula hari ini.

Majlis perasmian telah dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali gus merasmikan pembukaan pusat sukan baharu bernilai RM13.9 juta, semalam.

Menurut Abang Johari, pusat tersebut akan menyediakan kemudahan untuk melatih atlet dan pada masa sama melahirkan atlet bertaraf dunia seperti Datuk Pandelela Rinong Pang,”

“Terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif AmCorp Group Bhd Tan Sri Azman Hashim yang melalui Yayasan Azman Hashim telah menderma sepenuhnya untuk pusat ini pada 2019.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah kerana membangunkan sukan untuk atlet para dan berharap Sarawak sekali lagi menjadi juara Para Sukma 2022 tahun ini,” katanya pada majlis perasmian semalam.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata pelancaran pusat sukan baharu dan juga temasya Sukan Olimpik Khas (SO) amat bermakna khususnya kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

“Ini memberikan status tersendiri kepada atlet SO di negeri ini sekali gus merupakan pengiktirafan terhadap falsafah perpaduan, kebersamaan dan keterangkuman yang disokong oleh kerajaan negeri,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan