KUCHING: Sarawak merekodkan 361 kes baharu positif Covid-19 dengan satu kematian melibatkan warga emas, hari ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), susulan penambahan kes positif tersebut ia menjadikan jumlahnya meningkat kepada 66,196.
“Setakat hari ini, daerah Kuching merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 77, diikuti dengan Sibu (33), Subis (32), Bau (27), Bintulu (25), Saratok (22), Miri (22), Serian (12), Sri Aman (11), Kapit (11), Song (10), Telang Usan (9) dan Samarahan (9).
“Manakala, Mukah (7), Limbang (5), Asajaya (5), Dalat (5), Tatau (5), Tebedu (5), Kanowit (5), Lundu (3), Pakan (3), Selangau (3), Sebauh (3), Belaga (2), Meradong (2), Simunjan (2), Sarikei (2), Beluru (1), Matu (1), Marudi (1) dan Betong (1),” kata JPBN menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, JPBN memaklumkan satu kes kematian baharu yang direkodkan hari ini adalah di Hospital Kapit dan melibatkan seorang wanita tempatan berusia 62 tahun.