PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

36,385 calon duduki SPM di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pelajar... bergerak memasuki SMK St Joseph untuk menduduki peperiksaan SPM
Pelajar… bergerak memasuki SMK St Joseph untuk menduduki peperiksaan SPM

KUCHING: Seramai 36,385 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di 257 pusat di seluruh Sarawak yang bermula hari ini sehingga 29 Mac depan.

Pengarah Pendidikan Negeri Dr Norisah Suhaili berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 34,142 orang (93.83 peratus) merupakan calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 937 orang (2.58 peratus) calon Sekolah Menengah Swasta dan 316 orang (0.87 peratus) calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, 26 orang (0.07 peratus) merupakan calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 964 orang (2.65 peratus) calon persendirian.

“Manakala, seramai 209 orang Penyelia Kawasan dan 3,400 orang Pengawas dilantik untuk mengendalikan peperiksaan SPM di seluruh negeri,” katanya pada Sidang Media Khas SPM, di SMK St Joseph, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya daripada jumlah 257 pusat peperiksaan pula, calon-calon akan ditempatkan di 189 pusat di SMK, sekolah agensi lain selain KPM (6) dan pusat Sekolah Menengah Swasta (13).

Tambahnya, satu pusat di SMAR dan 48 buah pusat persendirian di seluruh negeri Sarawak turut digunakan bagi tujuan peperiksaan SPM 2021.

Dalam pada itu, Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 akan dilaksanakan bagi membendung penyebaran wabak.

Tegasnya, pematuhan SOP penting bagi memastikan calon periksa, guru, pengawas serta semua yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan terkawal sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan.

Dr Norisah Suhaili ketika sidang selepas lawatan sempena peperiksaan

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan